Saturday, November 1, 2008

Lawatan sambil belajar ke Makam Sultan Bolkiah dan Sultan Sharif Ali

1 November 2008 - Murid-murid Darjah 6 telah di bawa ke Makam Sultan Bolkiah, Sultan Brunei yang Ke 5 dan seterusnya ke Makan Sultan Sharif Ali iaitu Sultan Brunei yang ke 3 atau juga dikenali dengan panggilan Sultan Berkat. Adalah tujuan lawatan ini ialah untuk menambah lagi pengetahuan mereka yang sedia ada semasa belajar di dalam kelas Sejarah mereka sebelum ini dan untuk persediaan bahan pameran Galeria Kesultanan Brunei yang akan ditubuhkan tidak lama lagi di Sekolah Rendah Mentiri.

Murid-murid menaiki bas
This is the habit we want, always make the book as your best friend anytime and anywhere!
Another girl is reading her comic book..
Sampai ke Makam Sultan Bolkiah
Murid-murid menuruni bukit untuk sampai ke Makam Sultan Bolkiah.
The pathway to the Makam, the view was magnificient, you teachers should come along too..
Gazebo I supposed..a place to rest before going down to the Makam...
Brief history about Sultan Bolkiah was engraved heavily on this marble .
From the gazebo then we went down..
Ini ialah tangga yang menuju kehutan disebelah gazebo tadi, kalau tidak silap saya pihak muzium telah menjumpai sebiji lagi batu nisan di dalam hutan ini tetapi masih belum habis diterokai..
Kota Batu yang sebenar
Inilah usulnya Kota Batu..sebelum dijumpai keadaannya tidak seperti ini ianya tertimbus. Kemudian di keluarkan dan disusun semula mengikut keadaan asalnya..
Yang telah dijumpai kawasan 4 segi, beberapa nisan telah dijumpai tetapi tidak ada tulang mungkin disebabkan oleh aciditity of the soil terlalu tinggi dan menyebabkan tulang telah reput dan batu bulat yang nampak itu ialah lapik untuk mendirikan tiang. Banyak batu lapik itu telah dijumpai dikawasan ini. Andaian, mungkin ini ialah balairung, istana, lapau atau makam yang pasti ini ialah peninggalan raja-raja dahulu kala.
Penerangan dari Pegawai Jabatan Muzium Brunei.
Batu yang mula-mula saya lihat, diatasnya seperti sebiji anak lesung.
Batu lapik dari jarak dekat.
Kota Batu dari jarak dekat.
Ini ialah cara pihak Muzium menggali sejarah yang terdapat di dalamnya, mereka akan membuat petak-petak empat segi.
Makam dan beberapa biji nisan dijumpai.
Ukiran pada batu bata yang dijumpai.
Di tengah Kota Batu mungkin ini juga adalah makam.
Murid-murid men'tracing' ukiran pada batu tersebut untuk galeria nanti.
Ukiran yang mungkin berasal dari Indonesia.
Nisan yang dijumpai diletak ditempat asal mereka menjumpainya. Ini ialah lebihan sebelah bawah sahaja, bahagian atas belum dijumpai dan tidak dapat dipastikan siapa yang punya nisan ini.
Bergambar ramai ditapak tersebut.
Dimakam Sultan Bolkiah.
Kawasan Makam Sultan Bolkiah juga didapati nisan-nisan orang kampung yang sebelum ini tinggal dikawasan ini.
Makam Puteri Laila Menchanai bersebelahan dengan Makam Sultan Bolkiah.
Makam Sultan Bolkiah. Ukiran yang terdapat pada batu tambak makam ini adalah begitu halus sekali dan diakui oleh orang seni ukir dari Indonesia. Bermakna Brunei dulu telah mempunyai teknologi yang tinggi dalam seni ukiran. Ukiran juga ada bermacam jenis dan namanya. Ukiran dari Negara Cina juga dapat dilihat. Di atas tambak telah diukir ayat dari Al Quran supaya roh baginda akan sentiasa dicucuri rahmat dari Allah jua. Amin.
Makam secara dekat.
Di atas Makam Sultan Bolkiah terdapat siling yang cantik.
Nisan makam Puteri Laila Menchanai.
Cikgu Pg Hjh Fatimah bertanyakan beberapa soalan..
Another view from below..
Kemudian ke Makam Sultan Sharif Ali.
Gazebo sebelum ke Makam Sultan Sharif Ali yang begitu indah ukirannya dan diperbuat dari pada kayu.
Sejarah mengenai Sultan Sharif Ali.
Cikgu Dayang Aji, Cikgu Hjh Siti Awal dan Cikgu Pg Hjh Fatimah menuruni bukit menuju ke makam.
Makam Sultan Sharif Ali.
Nisan Sultan Sharif Ali.
Siling di Makam Sultan Sharif Ali.
Murid-murid bersedakah Surah Al Fatihah.
Murid perempuan juga..
Duduk: Cikgu Pg Hjh Fatimah dan Cikgu Hjh Siti Awal posing control ayu,,
Gazebo berdekatan dengan Makam Sultan Sharif Ali.
Mini walkathon dari bawah bukit (dari makam) menuju naik ke Muzium.
Pameran yang diadakan di ruang legar Muzium Brunei.
Muzium Brunei

Click here more pictures of this trip in Facebook.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Muzium Brunei kerana memberikan penerangan kepada kami pada hari lawatan tersebut.

Please note: To those interested in grabbing this pictures in this post please inform us either via email srmentiri@moe.edu.bn or just leave your name and email in the chat box. Thanks.

0 comments: