Sunday, February 22, 2009

Selamat Hari Kebangsaan Yang Ke 25

23hb Februari 2009 - Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Yang Ke 25 pada pagi tadi di Stadium Negara Hassanal Bolkiah..Dengan membawa tema pada tahun ini Kedewasaan Bernegara.





Friday, February 20, 2009

Kuiz Sambutan Hari Kebangsaan Yang Ke 25

Rabu, 18hb Februari 2009 - Kuiz sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke 25 telah diadakan pada waktu rehat untuk murid-murid Tahun 4 hingga Darjah 6. Sebanyak sepuluh soalan MCQ telah diberikan, soalan bertemakan Hari Kebangsaan yang lepas sehingga sekarang. murid-murid perlu mencari jawapan yang dipaparkan di notice board. Kuiz ini mendapat sambutan daripada murid-murid dan mereka sangat seronok berlumba-lumba mencari jawapan bersama kawan-kawan.








Friday, February 13, 2009

Acara Pembukaan Sambutan Hari Kebangsaan Yang Ke 25

Sekolah Rendah Mentiri (SRM)- Bagi memeriahkan lagi upacara Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 25 kita pada tahun ini dengan membawa tema Kedewasaan Bernegara, SRM juga tidak ketinggalan untuk meraikan hari yang bersejarah ini dengan acara pembukaan sambutan dan akan diikuti dengan acara hari penutup sambutan pada 28hb Februari 2009 nanti. Aturcara kami pada pagi ini dimulakan pada jam 7.00 pagi dengan perbarisan pagi, bacaan doa Al Fatihah, menaikkan bendera Brunei, bacaan doa sekolah, menyanyikan dua buah lagu patriotik dan kemudian disambung lagi dengan acara di dalam dewan iaitu kuiz bertemakan Hari Kebangsaan bagi setiap level. Semangat patriotik wajiblah disemai ketika anak-anak kita masih dibangku sekolah lagi kerana ianya akan melahirkan bangsa yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada negara dan agama pada masa hadapan kelak.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah beramai-ramai.
Bersedia untuk menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam dan menyanyikan lagu kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'
Murid Darjah 6 yang ditugaskan untuk menaikkan bendera.

Hiasan bendera kecil yang telah digantung untuk memeriahkan lagi suasana Hari Kebangsaan di sekolah.

Bendera sudah naik dan bekibar di atas.

Murid membaca doa sekolah.

Guru besar, Cikgu Dayang Aji binti Hj Ahmad.


Wajah anak-anak yang akan menjadi dewasa kelak dan menjadi aset dan harapan negara.

Murid-murid turut menyanyikan lagu patriotik.
Cikgu Miza dan Cikgu Hjh Siti Awal bersemangat menyanyikan lagu patriotik bersama anak-anak murid mereka.
Murid-murid dipindahkan ke dalam dewan kerana cuaca semakin terik di luar. Mereka tengah mendengarkan soalan kuiz yang dibacakan oleh Cikgu Rahimah.
Soalan kuiz untuk Darjah Pra.
Hadiah disampaikan oleh Yang Mulia Guru Besar, Cikgu Dayang Aji binti Hj Ahmad.
Diberikan tepukan untuk murid yang betul menjawab soalan kuiz.

Wednesday, February 11, 2009

Dental Mobile Squad

Dari 9hb Febuari 2009 jururawat pergigian telah datang untuk memeriksa gigi murid-murid. Berikut ialah gambar-gambar sekitar pemeriksaan pada awal pagi tadi.

Perkakas untuk pemeriksaan gigi

Persediaan perkakas jururawat gigi telah siap sedia sebelum murid-murid dipanggil untuk pemeriksaan.

Murid-murid yang menunggu giliran mereka

Doktor yang bertugas.

Program M-Speed Test

Dewan Serbaguna SRM - Setiap pagi hari Rabu Program M-Speed Test iaitu program berupa Mental Computation dimana murid diberikan masa 10-15 minit untuk menjawap soalan Mathematics. SR Mentiri menyarankan supaya ibubapa memberikan kerjasama untuk menghantar anak-anak mereka lebih awal datang kesekolah kerana program ini sangat baik untuk mental calculation mereka.
Ada yang menggunakan jari untuk mengira..

Beginilah keadaan aktiviti kami setiap pagi..

Setelah siap murid akan menghantar jawapan kedepan pentas mengikut darjah masing-masing.