Monday, May 25, 2009

Lawatan Guru-Guru Ke Radio Televisyen Brunei (RTB)

25hb Mei 2009, Isnin petang waktu Perkembangan Staf, guru-guru telah melawat ke Radio Televisyen Brunei . Kami hanya berkesempatan melihat DJ bertugas pada petang itu kerana rancangan seperti Rampai Pagi atau bacaan warta berita secara 'live' hanya disiarkan pada waktu pagi. Walaubagaimanapun kami sangat gembira dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk masuk ke RTB kerana tidak sebarang orang yang disuruh masuk kemari oleh pengawal keselamatan. Enjoy the pics..

Sementara menunggu semua guru hadir..

Pegawai yang bertugas memberikan penerangan.


Rangkaian Pelangi.
Dj Zura yang sangat peramah mengalu-alukan kedatangan kami.

Sambil menjadi DJ, beliau juga menjadi juru teknik..all in one!
DJ Zura in action..
Bercakap dengan pemanggil, di samping itu beliau juga membacakan SMS, men'testing' lagu-lagu..semua yang diucapkan beliau secara spontan, it's all in her head..she's amazing.


Jam ini sangat berguna untuk beliau untuk mengira masa dan juga mengudarakan seruan Azan.
Disuruh 'pose' pun beliau sudi.
Pintu masuk ke bilik studio Rangkaian Harmoni.

Memerhatikan DJ Daud (luruskah?) bertugas di bilik studio Rangkaian Harmoni. Waktu ini beliau bercakap mengenai topik "JUJUR".
DJ Daud ditemani oleh rakan sekerja DJ .. (erm krg tah me tanya my fren for her name krg salah taip ku).


Kami semua senyap ketika DJ 'on the air'
Cikgu Hjh Yani asyik menggambar DJ bertugas..
Bila salah seorang daripada kami diberikan peluang untuk memberikan sedikit pendapat mengenai topik "JUJUR" semua kami berundur, yang hanya sudi ialah Hjh Yani..suara boleh tahan lah Cikgu kami ani, katanya dalam jujur mesti ada jua bohong sunat lah sikit-sikit untuk menyelamatkan keadaan..hehe..ketawa kami tarus uleh nya...

Bergambar ramai bersama DJ Daud.

Kami tidak berkesempatan masuk ke bilik studio rangkaian Nur Islam (walaupun aku iski sudah kan masuk melihat DJ nya :( may be next time.. )


Melawat ke bilik berita.



Berkesempatan untuk melihat pegawai-pegawai yang bertugas sebagai 'tulang belakang' warta berita di bilik berita ini. Kalau biskita masih ingat rupa ini? Beliau ialah Puan Hjh Nafisah Ali (mohon maaf kalau salah sebut atau ejaan pada nama), pernah membaca berita dalam bahasa inggeris sewaktu ketika dahulu dan sekarang beliau telah bersara, tetapi tenaga beliau masih sangat diperlukan dan pada waktu gambar ini di ambil beliau sedang meng'edit' berita-berita yang diterima di dalam bahasa melayu untuk diterjemaahkan ke dalam bahasa inggeris.

Beliau berkesudian memberikan sedikit penerangan walaupun di dalam keadaan yang sangat sibuk.
Rakan-rakan sempat mengambil gambar kenangan.

Saya masih ingat 'tune' RTB...sentiasa bersama biskitaaa.... yang selalu ke udara..
PGB, Cikgu Pg Hjh Fatimah, dengan 'goodie bag' khas dari RTB.
Happynye..dapat hadiah..

Ucapan sekalung penghargaan dan terima kasih daripada Sekolah Rendah Mentiri, khas ditujukan kepada kakitangan RTB kerana berkesudian memberikan peluang kepada kami untuk masuk melawat ke RTB.
Pegawai yang bertugas membawa kami 'round' RTB. Terima kasih kami ucapkan..
SEKIAN.

PERTANDINGAN POWEPOINT KESELAMATAN JALANRAYA

Sekolah Rendah Mentiri telah mendapat tempat ke lima di pertandingan Powerpoint mengenai Keselamatan Jalanraya. Tajuk yang di pilih ialah Penggunaan Tali Pinggang Keselamatan.
Bertempat: SR Dato Mohd Yassin
Tarikh: 9hb Mei 2009

Mohd Rafimy-Tahun 4, Nur Sabrina Rahayu-Tahun 6, Mohd Naqib-Tahun 5.

Nur Sabrina Rahayu - Tahun 6.

Mohd Naqib - Tahun 5
Mohd Rafimy - Tahun 4