Friday, November 7, 2008

Lawatan Ke Batu Tersilah di Kubah Makam DiRaja Brunei

4 November 2008, Selasa - Lawatan kali kedua bersama murid-murid Darjah 6 yang telah menduduki Peperiksaan PSR. Lawatan ini ialah untuk mencari bahan Galeri Sejarah kami dan juga untuk memberikan pengalaman kepada murid-murid tatacara membuat takapan iaitu cara membuat 'tracing' ukiran Batu Tersilah tersebut daripada pegawai-pegawai Pusat Sejarah. Harapan kami akan lebih ramai generasi akan datang berminat untuk menjadi Ahli Kaji Sejarah. Kisah Batu Tersilah juga terdapat di dalam buku Sejarah yang mereka telah pelajari semasa di sekolah.

Kubah Makam DiRaja Brunei



Batu Tersilah yang paling besar di belakang.
Batu Tarsilah yang menyuratkan Salasilah Raja-Raja Brunei iaitu daripada Awang Alak Betatar, Raja yang mula-mula memeluk agama Islam (TM 1368) hinggalah kepada Sultan Muhammad Tajuddin (Sultan Brunei Ke-19, memerintah antara TM 1795-1804 dan TM 1804-1807).

Murid-murid duduk mengelilingi Batu Tersilah sambil diberikan penerangan oleh Pegawai dari Pusat Sejarah.

Cikgu Pg Hjh Fatimah bersama murid.
Pegawai dari Pusat Sejarah menerangkan asal usul baru Batu Tersilah dan sejarah yang tercatat di batu tersebut.
Nota yang disediakan oleh Pusat Sejarah untuk kami.
Salasilah raja-raja Brunei yang tercatat pada Batu Tersilah tersebut.

Kertas untuk membuat takapan.
Perkakas yang digunakan untuk proses takapan di atas ialah seperti kertas khas, berus, sponge, spray air, dan masking tape.

Yang berbentuk seperti kulat ini akan digunakan bersama dakwat cina dan gunanya ialah untuk menampakkan lagi tulisan pada kertas takapan.
Proses dimulakan dengan mengam kertas takapan pada Batu Tersilah.
Kemudian dibasahkan mengunakan spray air dan diberikan tekanan perlahan-lahan menggunakan berus cat.
Sesudah ditekan menggunakan berus cat, tulisan jawi tersebut kelihatan.

Proses takapan juga dibuat pada batu nisan Sultan

Murid-murid berehat seketika dan disediakan 'tapau' dari Pusat Sejarah. We would like to thanks for it..

Mobil yang digunakan oleh pegawai-pegawai dari Pusat Sejarah.

Kemudian kami meneruskan lawatan ke Kubah Makam DiRaja sementara menunggu proses takapan siap.

Makam Sultan Sultan Omar 'Ali Saifuddien III.

Murid-murid juga sempat membacakan surah Al Fatihah.

Kami kembali semula ke Batu Tersilah dan melihat proses takapan yang sudah siap.

Tulisan pada Batu Tersilah semakin jelas kelihatan setelah proses takapan dibuat.

Masih sedikit basah.
Bergambar bersama pegawai-pegawai dari Pusat Sejarah.

Bergambar ramai warga Sekolah Rendah Mentiri bersama pegawai-pegawai dari Pusat Sejarah.

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Di sini kami tidak lupa mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Pusat Sejarah Brunei terutama sekali pegawai-pegawai yang bersama kami pada hari tersebut kerana berkesudian meluangkan masa untuk memberikan penerangan dan menunjuk cara membuat proses takapan untuk kami bawa balik kesekolah walaupun cuaca agak terik pada hari tersebut dan tidak lupa juga diucapkan terima kasih untuk penyediaan makanan dan minuman dan cenderahati berbentuk buku sejarah.


p.s I found this forum which is quite informative to read. It's about the history of our Sultans in Brunei. Click here.

1 comments:

Unknown said...

Apa betul isi nya seperti ini saudara ku...?
" Sultan Tajuddin memerintahkan kepada Tuan Haji Khatib Abdul Latif supaya menerangkan silsilah ini agar diketahui anak cucu, raja yang mempunyai tahta kerajaan di Negara Brunai Darussalam turun-temurun yang mengambil pusaka nobat negara dan genta alamat dari negeri Johor Kamalul Maqam, yang mengambil pusaka nobat negara dan alamat dari Minangkabau nagari Andalas…dst”.