Friday, March 6, 2009

Jamuan Perpisahan Untuk Cikgu Mohd Shareful

Isnin, 2hb Mac 2009 - Jamuan perpisahan dan penghargaan sempena Cikgu Mohd Shareful Bin Adenan berpindah ke Sekolah Rendah Kapok telah diadakan pada waktu rehat di Bilik Persidangan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Ustaz Mohammad. Seterusnya ialah ucapan daripada Yang Mulia Guru Besar, Cikgu Dayang Aji Binti Hj Ahmad dan diikuti ucapan daripada Cikgu Mohd Shareful. Kemudian acara penyampaian hadiah penghargaan daripada Yang Mulia Guru Besar, Cikgu Dayang Aji Binti Hj Ahmad. Acara telah ditutup dengan bacaan Doa Selamat oleh Ustaz Mohamad.

Cikgu Mohd Shareful Bin Adenan

Kakitangan SR Mentiri

Cikgu Yusnani
Cikgu Hjh Noradyani, pengacara pada majlis itu.

Bacaan doa selamat.


Cenderahati untuk Cikgu Shareful.
Cikgu Amalina, Cikgu Rahimah, Mrs Vikki.
Guru besar, Cikgu Dayang Aji memberikan ucapan dan sekalung penghargaan buat Cikgu Shareful.
Cikgu Dayang Aji.
Cikgu Shareful memberikan ucapan.


Selamat berjaya di sekolah baru!

0 comments: