Sunday, March 1, 2009

Acara Penutup Sambutan Hari Kebangsaan Ke 25

Sabtu, 28hb Februari 2009 - Acara Penutup Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Yang Ke 25 telah diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Rendah Mentiri. Antara aturcara pada pagi itu ialah didahului dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai, menyanyikan lagu kebangsaan, bacaan doa sekolah, menyanyikan lagu patriotik, penyampaian hadiah mewarna dan kuiz sempena Hari Kebangsaan yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Cikgu Pg Hjh Fatimah selaku Penolong Guru Besar di Sekolah Rendah Mentiri dan acara ini telah diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Yang Mulia Ustaz Mohammad. Setelah selesai acara penutup, sesi fotograpi untuk semua darjah telah diteruskan sementara mengisi masa E.C.A yang masih ada.
Menyanyikan lagu patriotik beramai-ramai.
Murid-murid lelaki lebih bersemangat menyanyikan lagu patriotik.


Guru-guru turut menyanyi bersama.
Murid-murid diberikan teks lagu.
Penyamapai hadiah oleh Yang Mulia Cikgu Pg Hjh Fatimah, Penolong Guru Besar.




Doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Mohammad.

SESI FOTOGRAPI BAGI SETIAP DARJAH




Foto diambil oleh Cikgu Hjh Noradyani.

0 comments: