Selepas majlis Maulidur Rasul ialah majlis jamuan perpisahan untuk Hjh Nurul, beliau ialah salah seorang tukang masak terbaik disekolah kami. Masakannya akan kami rindui, kalau ada masak lebih-lebih atu ingatlah kami di sini...Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Hjh Nurul, kami doakan ia akan lebih berjaya dam murah rezeki di tempat kerjanya yang baru. Amin..
Thursday, March 26, 2009
Sambutan Maulidur Rasul 1430H
Khamis, 19hb Mac 2009 - Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallahahu 'Alaihi Wassalam telah diadakan sebelum berakhirnya hari persekolahan bagi penggal pertama pada tahun ini. Acara juga diselajurkan dengan penyerahan derma bagi dua keluarga yang telah mengalami musibah baru-baru ini.
Selepas majlis Maulidur Rasul ialah majlis jamuan perpisahan untuk Hjh Nurul, beliau ialah salah seorang tukang masak terbaik disekolah kami. Masakannya akan kami rindui, kalau ada masak lebih-lebih atu ingatlah kami di sini...Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Hjh Nurul, kami doakan ia akan lebih berjaya dam murah rezeki di tempat kerjanya yang baru. Amin..

Hjh Maslina, Hjh Nurul, Cikgu Yati dan Cikgu Yusnani.
Doa dipanjat menuntut harap..

Hadiah sempena Kuiz Maulidur Rasul disampaikan oleh yang Mulia Guru Besar Cikgu Dayang Aji.


Tepuk cikgu kuat-kuat..


Salah seorang wakil daripada keluarga yang menerima derma daripada sekolah kami.
Dikir Marhaban.
Berjalan Maulud Nabi sebanyak satu pusingan di padang sekolah.
Selepas majlis Maulidur Rasul ialah majlis jamuan perpisahan untuk Hjh Nurul, beliau ialah salah seorang tukang masak terbaik disekolah kami. Masakannya akan kami rindui, kalau ada masak lebih-lebih atu ingatlah kami di sini...Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Hjh Nurul, kami doakan ia akan lebih berjaya dam murah rezeki di tempat kerjanya yang baru. Amin..
Labels:
Maulidur Rasul
Sunday, March 15, 2009
Sekubit Imbas Warisan Budaya 2009
SEMPENA JUBLI PERAK HARI KEBANGSAAN KE 25
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEMA
WARISAN BUDAYA MENJANA KEDEWASAAN BERNEGARA
ANJURAN
BAHAGIAN PENDIDIKAN RENDAH
JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH
DIKENDALIKAN OLEH
JAWATANKUASA PEMIMPIN SEKOLAH RENDAH KAWASAN BRUNEI II (JAPSER)
TETAMU KEHORMAT
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA SERI LELA DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABDUL RAHMAN BIN DATO SETIA HAJI MOHD TAIB
MENTERI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
TARIKH: 18 RABIULAWAL 1430 / 15HB MAC 2009
HARI: AHAD
JAM: 8.30 PAGI
TEMPAT:
SEKOLAH VOKASIONAL NAHKODA RAGAM
Majlis Sekubit Imbas Warisan Budaya (SIWB) kali ke 8 sempena sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 25, adalah salah satu program Bahagian Pendidikan Rendah Jabatan Sekolah-Sekolah pada setiap tahun mengambil sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Majlis pada tahun ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemimpin Sekolah Rendah Kawasan Brunei II (A) dan Brunei II (B).
Majlis ini bertujuan untuk sama-sama menyemarakkan suasana Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan Jubli Perak pada tahun ini. Selain memberikan peluang kepada pemimpin-pemimpin sekolah rendah dan guru-guru senegara dalam menhidupkan kembali warisan budaya bangsa yang diwarisi sejak berzaman-zaman sekaligus mendedahkan warisan tersebut kepada generasi-generasi baru supaya ianya tidak akan pupus dibawa oleh arus zaman.
Sebanyak 9 kawasan dan seramai 199 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru besar dan penolong-penolong gur besar di setiap kawasan masing-masing akan mempersembahkan pameran-pameran yang berupa alat-alat tradisi serta cara kehidupan masyarakat Brunei dahulu kala.
Semoga majlis ini akan meningkatkan lagi azam pemimpin-pemimpin sekolah agar terus berusaha bagi mengekalkan budaya bekerjasama dikalangan pemimpin-pemimpin melalui Jawatankuasa Pemimpin Sekolah Rendah.
Wassalam.
Mukadimah dipetik dari buku program SIWB 2009.
Labels:
SIWB 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)