Friday, February 13, 2009

Acara Pembukaan Sambutan Hari Kebangsaan Yang Ke 25

Sekolah Rendah Mentiri (SRM)- Bagi memeriahkan lagi upacara Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 25 kita pada tahun ini dengan membawa tema Kedewasaan Bernegara, SRM juga tidak ketinggalan untuk meraikan hari yang bersejarah ini dengan acara pembukaan sambutan dan akan diikuti dengan acara hari penutup sambutan pada 28hb Februari 2009 nanti. Aturcara kami pada pagi ini dimulakan pada jam 7.00 pagi dengan perbarisan pagi, bacaan doa Al Fatihah, menaikkan bendera Brunei, bacaan doa sekolah, menyanyikan dua buah lagu patriotik dan kemudian disambung lagi dengan acara di dalam dewan iaitu kuiz bertemakan Hari Kebangsaan bagi setiap level. Semangat patriotik wajiblah disemai ketika anak-anak kita masih dibangku sekolah lagi kerana ianya akan melahirkan bangsa yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada negara dan agama pada masa hadapan kelak.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah beramai-ramai.
Bersedia untuk menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam dan menyanyikan lagu kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'
Murid Darjah 6 yang ditugaskan untuk menaikkan bendera.

Hiasan bendera kecil yang telah digantung untuk memeriahkan lagi suasana Hari Kebangsaan di sekolah.

Bendera sudah naik dan bekibar di atas.

Murid membaca doa sekolah.

Guru besar, Cikgu Dayang Aji binti Hj Ahmad.


Wajah anak-anak yang akan menjadi dewasa kelak dan menjadi aset dan harapan negara.

Murid-murid turut menyanyikan lagu patriotik.
Cikgu Miza dan Cikgu Hjh Siti Awal bersemangat menyanyikan lagu patriotik bersama anak-anak murid mereka.
Murid-murid dipindahkan ke dalam dewan kerana cuaca semakin terik di luar. Mereka tengah mendengarkan soalan kuiz yang dibacakan oleh Cikgu Rahimah.
Soalan kuiz untuk Darjah Pra.
Hadiah disampaikan oleh Yang Mulia Guru Besar, Cikgu Dayang Aji binti Hj Ahmad.
Diberikan tepukan untuk murid yang betul menjawab soalan kuiz.

0 comments: