Friday, August 1, 2008

Majlis Jamuan Perpisahan Bersama Guru Besar Cikgu Hj Suhaili Bin Hj Jaafar

RBC AIRPORT RESTAURANT, Sabtu - Sekolah Rendah Mentiri telah mengadakan majlis jamuan perpisahan untuk guru besar Cikgu Haji Suhaili bin Hj Jaafar, yang pernah bertugas disekolah ini selama lebih tiga tahun.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan alu-aluan daripada penolong guru besar Cikgu Pengiran Hjh Fatimah binti Pg Hj Salleh dan seterusnya ucapan dari bekas guru besar, Cikgu Haji Suhaili bin Haji Jaafar.

Acara penyampaian hadiah penghargaan sebagai kenang-kenangan disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Dayang Aji binti Haji Ahmad.
Di akhir acara majlis bacaan doa selamat disempurnakan oleh Ustaz Pengiran Hj Mohammad Yusra bin Pg Hj Md Yusof.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih untuk Cikgu Haji Suhaili.

Ucapan alu-aluan oleh Penolong Guru Besar, Cikgu Pengiran Hjh Fatimah.

Ucapan dari bekas Guru Besar, Cikgu Haji Suhaili.

Penyampaian hadiah penghargaan oleh Guru Besar, Cikgu Dayang Aji.

Guru Besar Sekolah Rendah Mentiri bersama Guru Besar Sekolah Rendah Batu Marang.

Mrs Vikki Hird, guru CFBT dari Australia.

Doa Penutup oleh Ustaz Pg Hj Mohammad Yusra.





*****************

Kenangan bersama Cikgu Haji Suhaili...


Cikgu Haji Suhaili telah berkhidmat di Sekolah Rendah Mentiri padai 17 Januari, 2005 sehingga 30 Jun, 2008. Disepanjang pentadbiran beliau, sekolah telah mengalami perubahan yang yang begitu ketara sekali seperti pengubahsuaian sekolah secara besar-besaran, memperbaiki kemudahan-kemudahan dari bilik darjah hinggalah kesemua bangunan sekolah. Keadaan yang selesa untuk guru-guru mengajar dan murid belajar sangatlah diambil perhatian oleh beliau. Selain dari itu sekolah juga semakin aktif dari segi akademik mahu pun sukan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Cikgu Haji Suhaili, dan kami doakan beliau supaya akan sentiasa berjaya didalam karier beliau. Oleh Susie Aji.








0 comments: