Sunday, August 31, 2008

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Yang Mubarak

Selasa, 2 September 2008 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1429H.

Untuk semua warga Sekolah Rendah Mentiri, Brunei II B dan murid-murid yang dikasihi diucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Kepada murid-murid diharapkan akan dapat berpuasa penuh sebulan dan untuk murid-murid Darjah Pra diucapkan selamat bercuti. Semoga kita semua beroleh berkat dan juga pahala yang banyak dibulan yang baik ini." Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."

Surah Al Baqarah, ayat 183
_______________________________

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Perjumpaan Ibubapa / Penjaga dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru (PIBG)

Bilik Persidangan SRM, 29 Ogos 2008 – Pada pagi hari Juma’at lepas, perjumpaan diantara ibubapa atau penjaga dan juga ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru telah diadakan. Mesyuarat telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai.

Agenda Mesyuarat:

  1. Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi.
  2. Menunduki minit mesyuarat kali ke 2 yang telah lepas.
  3. Pertukaran jawatankuasa baru.
  4. Ucapan oleh Pengerusi baru.
  5. Ucapan Guru Besar.
  6. Aktibiti PIBG 2008.
  7. Hal-hal lain.




Majlis Membaca Surah Yasin & Tahlil

Bilik Persidangan SRM, 27 Ogos 2008- Pada hari Rabu lepas sekolah telah mengadakan majlis membaca surah Yasin dan bertahlil sempena menjelangnya bulan Ramadhan yang mubarak. Bacaan diketuai oleh Ustaz Pg Hj Mohd Yusra. Majlis juga diteruskan dengan bacaan doa selamat bagi Cikgu Norhayati yang menyambut hari ulang tahunnya pada hari yang sama. Semua warga sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun dan kami mendoakan semoga Cikgu Norhayati sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sihat wal'afiat selalu. Amin.

Monday, August 25, 2008

Ujian Penilaian II & 'Mock Exam'

26 Ogos 2008 - Hari ini Selasa, Ujian Penilaian II bagi Darjah 1 hingga Darjah 5 dan Mock Exam bagi Darjah 6 telah bermula.

Bagi Darjah 1 hingga Darjah 3, ujian hanya berjalan selama dua hari sehingga hari Rabu esok, 27hb Ogos 2008 dan bagi Darjah 4 hingga Darjah 6, ujian dan 'Mock Exam' akan diadakan selama empat hari dan akan berakhir pada 30hb Ogos, 2008.

Kepada semua murid-murid Sekolah Rendah Mentiri diucapkan 'Good Luck' dan diharap akan dapat menjawab kertas ujian dengan baik dan berjaya mendapat gred Lulus dalam semua ujian.

Sunday, August 17, 2008

Bermain 'indoor hockey' macam pro

Bergambar ramai seperti pasukan hoki sebenar!

Dewan Serbaguna, 16 Ogos 2008, Sabtu - Walaupun serba kekurangan dari segi alat perkakas, murid-murid tetap bermain dengan seronoknya. Murid-murid ini terdiri daripada murid Darjah 4 dan 5. Mereka tidak pernah bermain hoki. Guru P.E telah mengajar cara membuat batang hoki daripada barang terbuang dan bolanya daripada gumpalan keratan surat khabar lama. Walaubagaimanapun ada juga beberapa murid yang mempunyai batang hoki yang sebenar dan yang lebih menarik lagi ada ayah mereka sanggup bertukang sendiri untuk membuatkan anak mereka batang hoki yang bermacam rupa mengikut kreativiti masing-masing. Harapan kami mereka akan menjadi pemain hoki sebenar apabila besar kelak!


Chewah lihatlah Sabrina Rahayu bergaya sebagai 'goal keeper'
*Lihatlah batang hokinya daripada bekas batang penyapu :)

Aksi Tharwati Damia menjadi 'goal keeper'

Wednesday, August 13, 2008

SUDUT ASEAN

12 Ogos 2008 - Isnin petang, semua guru-guru bertungkus lumus untuk menyiapkan 'background' ASEAN CORNER yang telah hampir siap. 'Background' yang telah diilhamkan oleh guru besar, iaitu terdiri daripada bendera negara-negara ASEAN. Sudut ASEAN yang sedia ada asalnya berada dibawah tangga naik ke bilik perpustakaan, kemudian dipindahkan lagi ke dalam bilik perpustakaan dan sekarang telah dipindahkan ke dalam Dewan Serbaguna dan diberikan suntikan baru bagi menarik lagi minat murid-murid di sekolah ini untuk menambah ilmu pengetahuan mereka tentang ASEAN dan mengenai negara-negara yang menyertai ASEAN.

Sudut ASEAN diharap akan dapat disiapkan pada akhir bulan Ogos ini.


Friday, August 8, 2008

MAJLIS TAHLIL DAN DOA ARWAH

7 Ogos 2008 bersamaan dengan 5 Sya'aban 1429H - Khamis lepas, Majlis Tahlil dan Doa Arwah bagi sekolah-sekolah rendah kawasan Brunei II(B) telah diadakan di dewan Sekolah Rendah Tentera Laut Di Raja Brunei, Pengkalan Tentera Laut Muara. Majlis ini adalah anjuran Jawatankuasa Guru-Guru Besar Dan Penolong Guru-Guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei II(B).

Bacaan surah Yassin, tahlil dan doa arwah diketuai oleh Imam Mohd Amin bin Hj Salim, imam masjid Kg Tanah Jambu dan seterusnya para jemputan dan guru-guru menikmati jamuan.